Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Dikecam Teruk

0
887
views

upin-ipin-jeng-jeng-jeng

Kecoh di media sosial mengenai filem animasi Upin Ipin terbaru iaitu Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dikritik teruk oleh penonton yang telah melihat filem berkenaan.  Ini gara-gara kekecewaan yang dialami oleh seorang penonton yang telah membawa anak-anaknya menonton filem yang berdasarkan siri televisyen kanak-kanak popular itu.

Terdahulu, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, baru sahaja ditayangkan beberapa hari yang lalu. Filem yang dilakonkan oleh Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak ini turut menampilkan animasi Upin Ipin dalam filem tersebut. Memandangkan tajuk filem berkenaan adalah Upin Ipin, ibu bapa terus terus membawa anak-anak kecil mereka ke panggung wayang untuk mereka menonton filem animasi tersebut.

Namun, terdapat seorang penonton yang telah melihat filem berkenaan memberikan reaksi negatif terhadap filem tersebut kerana menurutnya watak Upin Ipin sangat sedikit dan terpaksa menunggu lama untuk melihat dua watak popular itu muncul.

Nak tunggu bayang Upin Ipin, kena tunggu lebih kurang 20 minit baru nampak bayang Upin Ipin. Korang tahu tak betapa susahnya nak tenangkan anak aku bila dia tanya, mana Upin Ipin? Aku dengar ramai anak-anak yang petah bertanya mana Upin Ipin

upin-ipin-respond

Namun, terdapat juga reaksi positif yang diterima daripada penonton, ada yang memuji dari segi jalan ceritanya, mutu lakonan dan juga teknik CGI filem berkenaan.

Okay, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng aku boleh katakan yang filem ini secara keseluruhannya enjoyable to with a very high quality of production. A well made film. Kelakar at some point, sedikit cringy at some point, and agak hiba at some point. - Ashraff Mokhtar, FB Group Movie Addict

upin-ipin-review-1 upin-ipin-review-2

Reaksi negatif ini mungkin timbul disebabkan terdapat penonton terlampau mengharapkan karakter tersebut kerap muncul dalam setiap babak, tetapi sebaliknya berlaku. Walaubagaimanapun, melabelkan filem berkenaan sebagai filem sampah tanpa melihat segala aspek dalam filem berkenaan boleh dikatakan agak melampau.

Ya, mungkin kanak-kanak kecewa, tapi dari segi storyteller, kualiti lakonan dan teknik pengambaran filem berkenaan, sepatutnya layak menerima sedikit pujian dari penonton. So kepada yang sudah menonton, apa pendapat anda terhadap filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here