Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Ultraman Akan Ditayangkan Pada Tahun 2016?

ultraman 2016

Semasa melihat ‘newsfeed’ di laman Facebook, kami terperasan satu video teaser hasil daripada perkongsian seorang rakan dalam laman tersebut. Video teaser yang kami maksudkan ialah video Ultraman yang dipercayai sebagai teaser untuk filem superhero Jepun itu akan datang. Namun carian kami di laman internet agak mengecewakan dimana rata-rata laman hiburan dan perfileman hanya mempunyai sedikit informasi mengenai video tersebut.

Video tersebut bukan dihasilkan oleh peminat tetapi dikeluarkan sendiri oleh syarikat produksi Tsuburaya, dan video tersebut bertajuk Ultraman n/a (Not Available). Dalam video tersebut kelihatan Ultraman sedang bertarung dengan raksasa yang muncul dari perut bumi dan sedang memusnahkan bandar di Jepun.

ultraman 2016 1


Apa yang menarik tentang video tersebut, kebiasaanya Ultraman yang kita lihat lebih kepada memakai kostum, tetapi dalam video ini, bahagian luarannya bukanlah kostum, tetapi seperti kulit dengan mulutnya boleh bergerak dan corak yang terdapat pada badan pula lebih kepada corak klasik, iaitu versi asal Ultraman

Info lain yang terdapat dalam video tersebut ialah nombor 7.7, yang bermaksud 7 Julai. Tarikh 7 Julai 2016, adalah ulangtahun ke-50 siri Ultraman. Berkemungkinan angka tersebut merujuk kepada tarikh tayangan filem hero kegemaran ramai ini.

Jika video yang ditunjukan itu adalah teaser trailer filem Ultraman 2016, ia memangnya sesuatu yang menarik. Jadi sementara kita menunggu trailer rasmi dari pihak produksi, apakata kita layan video yang kami maksud dalam entry kali ini.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment