Berita

Filem Tron Akan Dihasilkan, Tetapi Bukan Sekuel

Views
Jared Leto dilaporkan akan membintangi filem Tron

Filem futuristik Tron dilaporkan akan difilemkan tidak lama lagi, tetapi kemungkinan besar filem akan di"reboot" dan membuatkan peminat yang ternanti-nanti sekuel Tron 3 melupakan terus sekuel filem berkenaan.

Menurut laporan Hollywood Reporter, Disney bukan sahaja sudah memulakan development filem ini, malah sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pelakon utamanya. Ura-ura mengatakan, pelakon filem Suicide Squad  dan pemenang anugerah Oscar, Jared Leto akan membawa watak utama sebagai Ares, karakter yang sepatutnya muncul dalam sekuel Tron 3: - 

"Sources say this new project is not a direct sequel and is being built out of the source code of the deleted Tron 3 script. Leto would play a character named Ares, who has not appeared on screen before but was a key player in that script." - The Hollywood Report

Sebelum ini, sambungan Tron: Legacy iaitu Tron 3 dikatakan mungkin dihasilkan, malah pengarah Joseph Kosinki mendedahkan pelbagai details dan plot untuk filem tersebut. Namun, perubahan dilakukan dengan skrip reboot Tron telah mengambil alih skrip Tron 3 dan menghasilkan semula filem ini. Ini apa yang diperkatakan oleh pengarah filem Joseph Kosinki tentang reboot Tron: -

"The movie was called, Tron: Ascension, I think that's out there. I think we got the script to about 80%. We were in good shape. We were probably eight or nine months out, which is still a good amount of distance from being ready to shoot it, but I think the script was in good shape. What I'm excited about is the concept, which is an invasion movie from inside the machine coming out as opposed to one we've usually seen. So we hinted at that at the end of Legacy with Quorra coming out, but the idea for Ascension was a movie that was, the first act was in the real world, the second act was in the world of Tron, or multiple worlds of Tron, and the third act was totally in the real world. And I think that really opens up, blows open the concept of Tron in a way that would be thrilling to see on screen. But there's also a really interesting character study in Quorra and a "Stranger in a Strange Land," trying to figure out where she belongs having lived in the real world for a few years, and where does she fit in."

Walaubagaimana pun, filem Tron ini masih belum mempunyai pengarah dan ini memberi peluang kepada Joseph Kosinki untuk mengarah. Cuma perkembangan terbaru ini hanya memberitahu details asas dan bintang yang bakal berlakon dalam futuristik ini.

Filem asal Tron sebelum ini dibintangi Jeff Bridges dan sekuel Tron: Legacy telah memberi keuntungan besar kepada studio dengan memberi pulangan sebanyak $400 juta seluruh dunia. Tetapi disebabkan era moden ini yang dipengaruhi dengan filem-filem Marvel dan Star Wars telah menyebabkan Disney enggan mengambil risiko untuk menerbitkan Tron 3. 

Tron reboot masih diperingkat awal dan tarikh tayangan masih belum diumumkan. Kami akan bawakan update mengenai filem ini dari masa ke semasa.

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks