Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Filem Tombiruo Akan Ditayangkan Di Amerika Syarikat?

Filem aksi tempatan Tombiruo arahan pengarah dari Amerika Syarikat, Seth Larney bakal dijual di Amerika Syarikat di acara American Film Market (AFM). Tombiruo terus mencatat kutipan memberangsangkan apabila berjaya menutup RM 7 Juta sejak mula ditayangkan pada 12 Oktober yang lalu.

Disebabkan prestasi memberangsangkan dan keunikan filem tersebut, ejen penjualan filem antarabangsa, Alliance Media Partners (AMP) melihat Tombiruo berpotensi untuk dijual dipasaran-pasaran antarabangsa.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar bukan di AFM sahaja bahkan filem itu juga akan memasuki pasaran Eropah tahun depan.

Ini adalah kerjasama pertama AMP dengan penerbit dari Malaysia di mana ejen terbabit cukup berpengaruh dalam pasaran antarabangsa. AMP bakal menjadi ejen kami untuk menjual filem Tombiruo di pelbagai negara selepas ini.

“AFM yang berlangsung di Santa Monica, California, Amerika Syarikat adalah acara pertama untuk filem ini dijual dan tahun depan ia akan dijual di Eropah pula,” katanya.

Mengulas lanjut kerjasama itu, Najwa berkata filem terbabit mendapat perhatian berikutan kelainan yang ditampilkan.

“Saya percaya keunikan adiwira tempatan dapat menarik perhatian penonton antarabangsa.

“Selain itu, mutu produksi turut menjadi faktor penarik utama filem ini kerana ia setaraf karya antarabangsa. Kesimpulannya, Tumbiruo naskah yang boleh diterima secara global,” katanya.

Tombiruo: Penunggu Rimba yang dibintangi Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Hasnul Rahmat memaparkan kisah Ejim dianggap penunggu rimba yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya akibat dibunuh oleh penjahat yang mahu memusnahkan hutan demi projek empangan.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment