Walaupun masih dalam peringkat pre-produksi, terdapat ura-ura yang mengatakan 2 karakter yang diminati peminat filem Marvel terutamanya Thor akan digugurkan dalam filem terbaru,Ā Thor:Ragnarok.
Karakter yang dimaksudkan adalah Volstagg dan Fandral. Mereka berdua adalah rakan sepejuangan Thor dan kerap membantu Thor dalam pertempuran dan menyelamatkan Thor dari masalah. Menurut salah seorang aktor yang membawa karakter tersebut, Zachary Levi yang membawa karakter Fandral, dia masih belum menerima berita mengenai penglibatannya dalam filem terbaru ini dan berharap agar dapat terlibat dalam sekuel ketiga filem Thor.
Thor: RagnarokĀ masih dalam perancangan awal, namun begitu hampir kesemua pelakon utama telah dipanggil untuk terlibat dalam projek terbaru ini, samada sebagai pelakon tambahan ataupaun muncul sebagai watak cameo dalam filem.
Namun begitu, terdapat juga beberapa karakter yang masih samar-samar samada mereka terlibat ataupun tidak. Dalam empat rakan Thor, hanya Lady Sif (Lakonan Jaimie Alexander) yang mengesahkan akan terlibat dalam filem ini, manakala Hogun,Ā Volstagg dan FandralĀ masih belumĀ disahkan akan terlibat ataupun tidak. Jika terlibat pun kemungkinan sebagai watak kecil sahaja.
Keempat-empat pahlawan ini memainkan peranan penting dalam filem Thor terutamannya filem Thor yang pertama iaituĀ Thor (2011) dimana mereka membantu Thor menentang penjahat yang menyerang sebuah pekan kecil dalam filem tersebut, malah dalam filemĀ Thor: The Dark World,Ā mereka membantu Thor melarikan Loki dari penjara.
Filem ketiga Thor ini juga bakal menampilkan Hulk sebagai karakter utama dan filem filemĀ RagnarokĀ ini dikatakan sebagai filem persediaan untuk filem Marvel akan datang iaituĀ Infinity War.