Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem The Ultimates Dilaporkan Sedang Di Rancang Marvel Studios??


Walaupun Disney dan Marvel Studios telah mendedahkan tarikh tayangan filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) Fasa 4. Tidak banyak maklumat yang diperolehi oleh para peminat Marvel tentang filem apakah yang sedang dirancang oleh Marvel Studios.

Selain filem Black Widow, Dr. Strange 2, Shang-Chi, The Eternal, Guardians of the Galaxy Vol. 3 serta beberapa filem lain – (baca: yang masih belum disahkan Marvel Studios), perancangan fasa 4 MCU masih belum didedahkan sepenuhnya oleh bos Marvel Studios, Kevin Feige.

Menurut artikel dari HN Entertainment, Marvel Studios dikhabarkan sedang merancang sebuah filem mengenai kumpulan superhero Marvel yang mirip seperti The Avengers. Filem yang dimaksudkan The Ultimate. 

Artikel itu turut menyebut, The Ultimate akan menjadi sebahagian daripada usaha Marvel Studios untuk menerokai dunia ‘multiverse’ dan ‘alternate reality’ yang mula diperkenalkan dalam filem Avengers: Endgame.

Jika diambil kira versi komik ‘Earth-616’, The Ultimate kini dianggotai oleh Captain Marvel, Black Panther, Spectrum, Blue Marvel, dan America Chavez aka Ms. America. Tiga karakter The Ultimate iaitu Black Panther, Captain Marvel dan Monica Rambeau/Spectrum telahpun menjadi sebahagian daripada karakter MCU. Karakter Monica Rambeau diperkenalkan dalam filem Captain Marvel dan dilakonkan oleh pelakon kanak-kanak iaitu Akira Akbar.


Seperti The Avengers, The Ultimate merupakan kumpulan adiwira yang akan mencari potensi ancaman dan menyelesaikannya sebelum ia menjadi memberi masalah kepada Bumi.

Bagaimanapun, artikel dari laman berkenaan masih dianggap khabar angin memandangkan Kevin Feige dan Marvel Studios belum mengumumkan secara rasmi filem-filem fasa 4 yang bakal dihasilkan.

Adakah anda berharap filem The Ultimate perlu dihasilkan? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee