
Pada awal April yang lalu, Warner Bros. telah membuat keputusan untuk membatalkan beberapa projek yang telah dirancang, dan salah satunya adalah projek spin-off Aquaman yang diketuai James Wan iaitu The Trench. Kini, selepas beberapa bulan, James Wan telah mendedahkan butiran yang cukup menarik kepada peminat.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Wan mendedahkan bahawa projek itu sebenarnya adalah projek solo rahsia yang memberi fokus pada watak villain Black Manta lakonan Yahya Abdul-Mateen II. Dalam erti kata lain, The Trech anda filem solot Black Manta.
James Wan mendedahkan pekara itu selepas ditanya oleh peminatnya.
According to James Wan, the cancelled TRENCH movie was secretly going to be a BLACK MANTA solo film starring Yahya Abdul-Mateen II! pic.twitter.com/rWsLM8IBOn
— Walt (@Uber_Kryptonian) October 25, 2021
Pengarah Malaysia-Australia itu kini sedang sibuk dengan penggambaran filem sekuel Aquaman and the Lost Kingdom di London, manakala Yahya Abdul-Mateen II akan kembali sebagai Black Manta dalam filem akan datang.
Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wan akan kembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.
Aquaman and The Lost Kingdom dijadualkan tayangan pada 16 Disember 2022.