Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem The Raid Versi Hollywood Bakal Dihasilkan

Frank Grillo bakal membintangi filem The Raid remake

Industri filem Indonesia sekali lagi menjadi perhatian apabila salah satu filem terhebat mereka, The Raid bakal dihasilkan semula, tetapi kali ini versi Hollywood. Pekara ini telah disahkan dengan beberapa individu telah pun dipilih untuk menyertai projek ini.

Antara yang menarik perhatian ialah bintang filem Marvel, Captain America  dan franchise filem The Purge iaitu Frank Grillo. Beliau antara aktor yang akan membintangi filem remake The Raid itu.

Berita ini disampaikan sendiri oleh pengarah yang bakal mengarahkan filem remake ini iaitu, Joe Carnahan di laman sosialnya baru-baru ini.

Selain itu juga, Carnahan juga mendedahkan, pengarah filem The Raid, Gareth Evans akan bertindak selaku producer filem.

Bagaimanapun, keputusan menjadikan remake filem The Raid tidak dipersetujui oleh peminat filem berkenaan kerana dikuartiri akan merosakan filem berkenaan. Namun Carnahan memberi jaminan tidak akan mengecewakan mereka dan menjanjikan filem ini sama hebatnya seperti filem asal.

“You can’t remake “The Raid”, guys. It’s a fantastic film. So, ask yourselves why would we be doing it, unless we had something really special,” – Joe Carnahan

Bintang filem Captain America & The Purge

Ini merupakan kerjasama kedua diantara Carnahan dan Grillo dimana sebelum ini mereka pernah berkerjasama dalam filem The Grey pada tahun 2011.

Grillo dikenali dengan membawa watak Brock Rumlow dalam Captain America: The Winter Soldier dan Civil War dan juga dalam filem bersiri The Purge.

Ini bukan kali pertama The Raid hendak dibuat remake, pada tahun 2014, produksi Hollywood pernah mengumumkan remake The Raid pada tahun 2014 dimana akan ia bakal diarahkan oleh pengarah filem The Expendables 3, Patrick Hughes dan Taylor Kitsch dipilih sebagai bintang utama.

Apa yang anda jangkakan tentang filem remake The Raid ini?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment