Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem The Irishman Akan Berdurasi 3.5 Jam

Pengarah Martin Scorsese pernah menjanjikan filem The Irishman akan menjadi filem gangster yang cukup epik, dan durasi tayangan filem tersebut telah membuktikannya.

Menurut laman rasmi New York Film Festival, The Irishman akan berdurasi selama 3 jam 30 minit, dan menjadi filem kedua Scorsese yang memiliki durasi paling lama selepas filem dokumentari A Personal Journey Through American Movies yang berdurasi 3 jam 45 minit.

The Irishman dibintangi Robert De Niro yang memainkan peranan sebagai Frank Sheeran, seorang ketua kesatuan buruh dan pembunuh upahan untuk keluarga jenayah Bufalino. Turut membintangi filem ini adalah Al Pacino sebagai Jimmy Hoffa, Joe Pesci, Harvey Keitel, Anna Paquin, Bobby Cannavale, dan Ray Romano

Diadaptasikan dari buku I Heard You Paint Houses karya Charles Brandt, ia mengisahkan tentang perjalanan hidup Frank Sheeran, seorang veteran Perang Dunia Kedua dan pembunuhan upahan. Sebagai seorang yang sudah tua, dia mendedahkan kejadian yang berlaku semasa kariernya sebagai pembunuh upahan, terutamanya peranannya dalam dalam kes kehilangan ketua kesatuan pekerja, Jimmy Hoffa dan penglibatannya dengan keluarga jenayah Bufalino.

Tayangan perdana filem ini akan berlangsung di Festival Filem New York pada 27 September ini dan akan ditayangkan dilaman penstriman video Netflix.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment