Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Penggambaran filem terbaru DC Extended Universe, The Flash telahpun bermula secara rasmi di London. Lebih menarik, The Wrap telah mengesahkan penglibatan Michael Keaton dalam filem akan datang dengan memainkan peranan ikoniknya sebagai Bruce Wayne / Batman. 

Penglibatan Keaton dalam DCEU pertama kali diumumkan pada pertengahan tahun lalu apabila dia dilaporkan sedang dalam rundingan untuk memainkan semula peranannya sebagai Batman. Walaupun agensinya mengesahkan laporan tersebut, Keaton dikatakan berkira-kira untuk menyertai projek DCEU itu memandangkan dia tidak mahu keluar negara ketika pandemik dan tidak membaca draf skirp. 


Skrip The Flash ditulis oleh penulis Birds of Prey Christina Hodson, yang akan mengadaptasi jalan cerita “Flashpoint” dan menyaksikan The Flash akan pergi ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, tetapi secara tidak sengaja mencipta garis masa yang baru dengan Batman yang berusia 30an (Micheal Keaton) menjadi pelindung. 

Selain Ezra Miller, yang memainkan peranan utama sebagai Barry Allen/The Flash, filem akan datang turut disertai Kiersey Clemons sebagai Iris West, kekasih Barry, Ben Affleck sebagai Batman, Sasha Calle sebagai Supergirl serta Ron Livingston dan Maribel Verdú sebagai ibu dan bapa kepada Barry Allen, Henry Allen dan Nora Allen. 

The Flash diarahkan oleh Andy Muschietti  (IT) manakala Michael Disco dan Barbara Muschietti sebagai penerbit. Warner Bros. menentapkan tarikh tayangan The Flash pada 4 November 2022. 

Related posts

Gambar “Enola Holmes 2” Goda Pandangan Pertama Filem Sekuel Netflix

Kakimuvee

Musim 3 One-Punch Man Telah Diumumkan

Kakimuvee

Trailer WEDNESDAY Goda Misteri, Kekacauan & Pembunuhan Untuk Siri Terbaru Netflix

Kakimuvee

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment