Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru The Matrix Bakal Dihasilkan Lebih Awal?

Francais The Matrix dikhabarkan bakal kembali ke layar perak lebih awal dari dijangka. Menurut laman web Discussion Film, penulis skrip filem The Incredible Hulk telah diberi tugasan untuk menulis skrip filem terbaru The Matrix.

Adik beradik Wachowski, Lana dan Lilly Wachowski yang mengarahkan trilogi The Matrix sebelum ini dijangka akan menjadi pengarah untuk filem keempat akan datang.

Bintang filem Black Panther, Michael B. Jordan disahkan bakal membintangi filem ini dan beliau juga bertindak sebagai penerbit filem menerusi syarikat penerbitan beliau, Outlier Society Productions. Cuma setakat ini tiada info mengenai penglibatan Keanu Reeves dalam projek terbaru ini.

Penggambaran awal dijangkakan akan bermula pada awal tahun hadapan. Setakat ini status filem terbaru The Matrix masih lagi tidak didedahkan kepada umum. Pihak produksi masih tidak menetapkan filem terbaru ini sama ada sebagai filem reboot, prekuel ataupun sekuel.

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment