Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru “Texas Chainsaw Massacre” Merupakan Sekuel Kepada Filem Pertama Tahun 1974


Ketika ditemubual Bloody Disgusting baru-baru ini, penerbit Fede Alvarez (Don’t Breathe, Evil Dead) telah membincangkan filem terbaru francais “Texas Chainsaw Massacre” terbitan Legendary Entertaiment, dengan mendedahkan bahawa filem akan datang adalah sekuel langsung kepada filem pertama, arahan Tobe Hooper, telah ditayangkan pada 1974. 

Alvarez turut memberitahu, peminat akan melihat versi asal pembunuh bersiri ikonik itu, dan mereka akan menggunakan kesan praktikal bagi adegan-adegan ‘gore’ serta menggunakan pendekatan gaya lama untuk penggambaran filem terbaru “Texas Chainsaw Massacre”.

“Ini adalah sekuel langsung, dan ia adalah watak yang sama. Ia adalah lelaki tua Leatherface” – ujar Alvarez dalam temubual tersebut. “Semuanya klasik, gaya lama. Tidak menggunakan VFX. Ini adalah pendekatan gaya lama untuk pembuatan filem. Lensa vintaj… sangat serupa dengan filem asal”. 

Filem terbaru “Texas Chainsaw Massacre” diarahkan David Blue Garcia (Tejano) dan ditulis Chris Thomas Devlin. Pengarah “Don’t Breathe”, Fede Alvarez berfungsi sebagai penerbit bersama-sama Rodolfo Sayagues menerusi syarikat penerbitan mereka, Bad Hombre.

Filem akan datang dibintangi Elsie Fisher (Eighth Grade), Sarah Yarkin (Happy Death Day 2U), Mark Burnham (Wrong Cops), Moe Dunford (The Dig), Olwen Fouéré (Mandy), Alice Krige (Star Trek), Jacob Latimore (The Maze Runner), Nell Hudson (Victoria), Jessica Allain (The Laundromat), Sam Douglas (Snatch), William Hope (Dark Shadows), dan Jolyon Coy (War & Peace).


Francais “Texas Chainsaw Massacre” berpusat sekitar Leatherface dan keluarganya, yang mengganas dan membunuh pengunjung yang menceroboh tanah mereka di kawasan pedalaman Texas. Filem asal diarahkan oleh Tobe Hooper (Poltergeist) dan telah ditayangkan pada 1974. 

Sebanyak lapan filem telah dihasilkan dengan yang terbaru merupakan filem prekuel berjudul “Leatherface” yang ditayangkan pada 2017. Barisan pelakon francais ini termasuklah pelakon popular seperti Matthew McConaughey, Renee Zellweger, Viggo Mortensen, dan Dennis Hopper. Kesemua filem ini telah menjana lebih $235 juta dolar seluruh dunia.


Related posts

20th Century Studios Bangunkan Filem Baharu “Alien”, Fede Alvarez Akan Jadi Pengarah

Kakimuvee

Wajah Kegilaan Kembali Dalam Trailer Berdarah “Texas Chainsaw Massacre”

Kakimuvee

Poster Terbaru “Texas Chainsaw Massacre” Beri Pandangan Pertama Wajah ‘Old Man Leatherface’

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Reboot Texas Chainsaw Massacre Lancar Laman Web & Poster Terbaru

Kakimuvee