Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru Star Wars Mungkin Ditetapkan Era “High Republic” – 400 Tahun Sebelum The Rise Of Skywalker

Kredit Gambar: Youtube Rhodes Rants

Selepas berakhirnya Skywalker Saga, mata peminat kini tertumpu dengan perancangan Lucasfilm untuk filem terbaru Star Wars. 

Tahun lalu, semasa di Star Wars Celebration, pasukan kreatif yang disertai  Claudia Gray, Justina Ireland, Daniel José Older, Cavan Scott, dan Charles Soule dilaporkan sedang terlibat dengan projek misteri yang diberi nama ‘Project Luminous’. Tetapi tidak banyak butiran lanjut mengenai projek tersebut didedahkan kepada umum.

Kini, terdapat laporan yang mengatakan masa depan francais Star Wars tidak jauh beza dengan Marvel Cinematic Universe.

Lucasfilm ini sedang bersedia untuk melancarkan gelombang baru yang melibatkan komik, novel, permainan video dan filem dimana ia akan ditetapkan 300-400 tahun sebelum peristiwa Skywalker Saga.

Plot akan berkisarkan tentang sekumpulan Jedi yang meneroka rantau galaksi yang tidak diketahui dan membawa mereka terlibat dalam konflik dengan beberapa musuh, termasuklah penjahat kuno (digambarkan sebagai dewa Sith). Kemungkinan siri baru ini akan menceritakan kisah asal permusuhan di antara Jedi dan Sith, dan era ini dirujuk sebagai “High Republic”.

Filem-filem akan datang dilaporkan tidak dibuat secara trilogi seperti kebiasaannya, sebaliknya sebagai filem standalone, dan turut melibatkan beberapa filem ‘crossover’ seperti filem The Avengers. 

Selain itu juga peminat dapat mengentahui lebih lanjut tentang ‘Rule of Two’ yang sering diungkapkan Sith, dan bakal melihat Jedi Master Yoda versi muda.

Babak pertama kisah terbaru Star Wars ini akan bermula menerusi permainan video pada tahun hadapan.

Kepada para peminatapa pendapat anda dengan babak terbaru Star Wars ini?

Sumber: Ziro.hu (via Making Star Wars)

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee