
Filem terbaru “Star Trek” yang diterbitkan studio milik JJ Abrams, Bad Robot, akan dtiulis oleh penulis skrip dan juga penerbit Kalinda Vazquez.
Varquez, yang tidak asing lagi dalam komuniti “Star Trek” dan telah menulis dan menerbitkan “Star Trek: Discovery”, akan menghidupkan kembali francais di layar lebar, hampir lima tahun selepas filem terakhir, “Star Trek: Beyond” yang ditayangkan pada 2016.
Menurut sumber, bahawa filem baru itu menggunakan idea asal Vazquez. Ini merupakan projek filem pertama penulis skrip itu, dan menjadi wanita pertama yang menulis filem “Star Trek”
Selain terlibat dengan projek-projek “Star Trek”, Varquez turut dikenali dengan beberapa projek siri televisyen seperti “Prison Break”, “Once Upon A Time”, dan “Nikita.
Beberapa projek Star Trek kini sedang dalam perancangan termasuklah dari penerbit JJ Abrams dan pembikin filem Quentin Tarantino. Bagaimanapun, kesemua projek kini sedang ditangguhkan.
Dalam perkembangan terbaru, Varquez akan bekerjasama dengan George R.R Martin untuk siri terbaru HBO, “Roadmarks”.