Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru RoboCop Bakal Dihasilkan, Akan Bersambung Dari Filem Asal 1987

Laman hiburan Movieweb.com melaporkan, filem terbaru RoboCop bakal dihasilkan tidak lama lagi dan yang lebih menarik, filem terbaru itu akan menjadi sekuel kepada filem asal RoboCop yang diterbitkan pada tahun 1987.

Sumber berkenaan berdasarkan temubual diantara wartawan dengan Edward Neumeier yang juga penulis untuk filem asal 1987 semasa di Festival Filem Barbados Independent baru-baru ini. Neumeier berkata beliau kini sedang menulis filem terbaru RoboCop yang akan dihasilkan oleh MGM Studios. Bagaimanapun, penulis berkenaan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai filem terbaru itu, cuma menurutnya, filem terbaru tersebut bukanlah filem ‘reboot’ dan ia akan bersambung dari filem asal.

“Well, here’s what I’ll say. We’re not supposed to say too much. There’s been a bunch of other RoboCop movies and there was recently a remake and I would say this would be kind of going back to the old RoboCop we all love and starting there and going forward. So it’s a continuation really of the first movie. In my mind. So it’s a little bit more of the old school thing.”

Walaupun filem RoboCop mempunyai beberapa filem seperti RoboCop 2 (1990), RoboCop 3 (1993) dan filem remake RoboCop 2014, info yang diberikan oleh Ed Neumeier menunjukan, RoboCop menuruti langkah beberapa franchise filem yang mengabaikan jalurmasa filem-filem mereka dengan mencipta jalurmasa baru seperti franchise filem X-Men dan Terminator yang mana James Cameroon bakal menghasilkan filem terbaru Terminator yang akan bersambung dari filem Terminator 2 (1991).

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment