Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru Red Notice Lakonan Dwayne Johnson Akan Ditayangkan Di Netflix

Filem terbaru lakonan Dwayne Johnson, Red Notice tidak lagi dimasukkan dalam jadual tayangan filem keluaran studio Universal Pictures, sebaliknya filem tersebut telah ‘bertukar tangan’ ke laman streaming Netflix.

Menurut laporan dari laman DeadlineRed Notice akan turut dibintangi Ryan Reynolds dan Gal Gadot. Penggambaran dijangka akan bermula pada tahun hadapan dengan kos pembikinan dijangka akan mencecah sekitar $130 juta dolar.


Rawson Marshall Thurber akan menjadi pengarah dan penulis skrip untuk filem terbaru Netflix iniUntuk info Red Notice akan menjadi kolaborasi ketiga diantara Dwayne Johnson dan Marshall Thurber selepas mereka berdua bekerjasama dalam filem Central Intelligence dan Skyscrapper. 

Filem bertemakan aksi thriller ini akan mengisahkan usaha ejen Interpol yang mahu menangkap pencuri karya seni yang paling dikehendaki di dunia. ‘Red Notice’ merujuk kepada notis paling utama yang dikeluarkan Interpol dalam menangkap penjenayah yang paling dikehendaki.

Johnson akan memainkan peranan sebagai ejen Interpol, manakala watak Gal Gadot dan Ryan Reynolds masih lagi tidak diketahui. Setakat ini, tarikh tayangan filem Red Notice masih lagi tidak diketahui.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment