Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru Purge berjudul ‘The Forever Purge’

Tajuk filem kelima The Purge akhinya didedahkan! Menurut laporan dari THR, filem arahan Everardo Gout (Nat Geo Mars, Luke Cage) akan berjudul The Forever Purge.

Pencipta francais “The Purge”, James DeMonaco, yang mengarahkan tiga filem awal The Purge, akan turut kembali menulis skrip terbaru itu nanti.


Seperti filem-filem terdahulu, siri terbaru itu nanti akan memberi fokus kepada tempoh 12 jam dimana perlakuan jenayah adalah dibenarkan, namun butiran plot lain masih belum didedahkan kepada umum.

Jason Blum, DeMonaco dan Sebastien K. Lemercier serta pemilik Platinum Dunes iaitu Michael Bay, Brad Fuller dan Adrew Form akan bertindak selaku penerbit.

Francais ini telah dikembangkan menerusi siri televisyen dimana The Purge musim kedua akan mula bersiaran pada September tahun ini. The Forever Purge sepatutnya ditayangkan 10 Julai, tetapi ditunda ke tarikh baru oleh Universal Studios disebabkan pandemik koronavirus.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment