Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru Ninja Turtles Bakal Dihasilkan

Selepas hampir dua tahun menyepi tanpa sebarang berita, akhirnya Paramount Pictures dilaporkan bakal menerbitkan filem terbaru Ninja Turtles tidak lama lagi. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, studio berkenaan telah memilih penulis filem Bad Words untuk menulis filem terbaru ini nanti.

Sementara itu, Michael Bay, Andrew Form dan Brad Fuller menerusi syarikat produksi Platinum Dunes akan menjadi penerbit filem yang bakal dihasilkan ini yang juga adalah sebuah filem reboot dan tidak akan mengambil kira dua filem sebelumnya.

Paramount Pictures membeli hak Ninja Turtles dari Nickelodeon dan menghasilkan semula franchise filem ini. Walaupun filem reboot pertama yang diterbikan pada tahun 2014 menerima kritikan negatif, ia tidak menghalang untuk meraih kutipan box office apabila berjaya mengaut hampir $500 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak $125 juta dolar.

Bagaimanapun sekuel kedua yang diterbitkan pada tahun 2016 tidak memberi pulangan memberangsangkan kepada pihak studio dan menyebabkan tiada perancangan baru franchise Ninja Turtles sehingga kini.

Bagaimanapun, dengan kemasukkan CEO baru Paramount Jim Gianapulos yang mahukan memberi fokus kepada franchise yang mereka miliki telah memberi harapan untuk franchise Ninja Turtles kembali diteruskan.

Related posts

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Filem The Trench Yang Dibatalkan WB Adalah Filem Rahsia Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment