Slot Tempatan

Filem Terbaru Mamat Khalid, MANAP KARAOKE Akan Menemui Penonton 7 Mei Ini Di Astro First

Views

Pandemik COVID-19 menyaksikan beberapa studio antarabangsa mengambil inisiatif dengan menayangkan filem-filem baharu mereka terus ke laman penstriman atau 'video on-demand'.

Filem tempatan juga tidak ketinggalan apabila Astro Shaw mengambil keputusan untuk membawakan filem terbaru arahan Mamat Khalid, Manap Karaoker secara terus ke kaca televisyen anda.

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, sejak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan tabiat menonton rakyat Malaysia telah banyak berubah.

"Banyak aktiviti di rumah dihabiskan dengan menonton, mereka mahukan filem-filem yang berkualiti dan segar.

"Oleh itu Astro sentiasa berusaha untuk membawakan kandungan terbaik buat penonton Astro sepanjang tempoh PKP ini," katanya dalam satu kenyataan.

"Pengarah filem, Mamat Khalid berkata Manap Karaoke sangat menarik kerana ia merupakan sebuah filem komedi yang mengembalikan nostalgia lagu-lagu 90an. Keistimewaan filem ini bukan sahaja tertumpu kepada barisan pelakon dan jalan cerita malah filem ini juga mengembalikan nostalgia lagu-lagu 90an yang masih popular hingga saat ini," katanya.

Pada masa sama, Mamat turut menyatakan filem ini khas buat semua peminat yang rindu untuk menonton karyanya di pawagam. Manap Karaoker dibarisi oleh Pekin Ibrahim, Mona Allen, Ropie, Imuda dan Joey Daud sebagai Manap.

Dengan hanya RM15 penonton boleh menonton filem Manap karaoke selama dua hari secara eksklusif di Astro First bermula 7 Mei.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks