Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru Liam Neeson, Hard Powder Akan Ditayangkan Februari 2019


Filem thriller Hard Powder lakonan pelakon veteran, Liam Neeson telah ditetapkan tarikh tayangannya oleh Summit Entertainment iaitu pada 8 Februari 2019.

Hard Powder merupakan sebuah filem yang berdasarkan dari filem dari Norway iaitu In Order of Disappearance atau Kraftidioten dalam bahasa Norway. Ianya mengisahkan tentang Nels Coxman (Neeson) yang ingin membalas dendam diatas kematian anaknya yang dibunuh oleh kartel dadah. Bagaimanapun dia secara tidak sengaja telah menyebabkan perang diantara kumpulan penjenayah yang akan mengancam penduduk di bandar kecil tempat tinggalnya.

Selain Liam Neeson, ianya turut dibintangi pelakon Emmy Rossum dan Laura Dern. Pengarah filem asal, Hans Petter Moland menjadi pengarah untuk filem ini manakala Frank Baldwin bertindak selaku penulis skrip.

Setakat ini tarikh tayangan Hard Powder di Malaysia masih lagi tidak lagi diketahui.


Related posts

[TRAILER] Liam Neeson Bakal Muncul Dalam Filem Thriller Terbaru ‘Retribution’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee