BeritaSlot Asia

Filem Terbaru Korea “The Bad Guys: Reign Of Chaos” Telah Mencapai 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 3 Hari Tayangan

Views

Filem terbaru Korea berjudul The Bad Guys: Reign of Chaos telah mencapai 1 juta tontonan dalam hanya tempoh 3 hari tayangannya.

Bagi meraihkan kejayaan filem tersebut, para pelakon yang terdiri daripada Kim Sang Joong, Kim Ah Joong, Jang Ki Yong, dan juga pengarah Son Yong Ho telah berkongsi ucapan terima kasih menerusi laman Instagram rasmi @cjenmmovie.

The Bad Guys: Reign of Chaos merupakan spin-off dari drama OCN berjudul Bad Guys dan dibintangi para pelakon asal seperti Ma Dong Seok, Kim Sang Joong dan Kang Ye Won berserta beberapa pelakon baru iaitu Jang Ki Yong dan Kim Ah Joong.

Filem ini mengisahkan tentang detektif Oh Goo Tak (Kim Sang Joong) kembali membentuk pasukan penyiasatan untuk menangkap banduan berbahaya yang telah melarikan diri. Anggota yang dipilihnya terdiri daripada Park Woong Cheol (Ma Dong Seok), Kwak Noh Soon (Kim Ah Joong), dan Go Yoo Sung (Jang Ki Yong).

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks