Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru “Cloverfield” Sedang Dalam Pembangunan


Sekuel Cloverfield sah akan dihasilkan dengan Deadline melaporkan bahawa, Babak Anvari akan menyertai projek sekuel itu sebagai pengarah. 

Perancangan filem tersebut telah bermula pada tahun lepas selepas Joe Barton disahkan terlibat sebagai penulis skrip. Kini, Anvari menyertai projek itu dengan J.J. Abrams akan menjadi penerbit bersama Hannah Minghella dan Jon Cohen. 

Walaupun Abrams telah beberapa kali memberi ‘hint’ mengenai filem terbaru, ini pertama kali Paramount Pictures mengumumkan secara rasmi bahawa filem terbaru Cloverfield sedang dibangunkan.

Buat masa ini, butiran plot masih dirahsiakan. Abrams sebelum pernah memberi komen mengenai sekuel “sebenar” dan “berdedikasi” dari filem asal, jadi kemungkinan filem akan datang menjadi kesinambungan langsung kepada filem asal dengan mengekalkan beberapa filem lain yang menggunakan judul “Cloverfield”, termasuk spin-off popular, 10 Cloverfield Lane. 

Bagi Anvari, ini akan menjadi filem cereka studio besar pertamanya, setelah menggarap banyak filem ‘arthouse’ yang lebih kecil. Filem pertamanya, Under the Shadow, memperolehinya Anugerah BAFTA untuk Pembuat Filem Debut Cemerlang, dan filem keduanya, Wounds, telah dikeluarkan pada 2019 di Hulu dan dibintangi Armie Hammer, Zazie Beets, dan Dakota Johnson.


Filem asal Cloverfield telah dikeluarkan pada tahun 2008 dan segera menjadi filem yang popular, memperoleh kejayaan box office dan juga dipuji kerana reka bentuk raksasanya dan kempen pemasaran viral yang hebat, termasuk treler yang samar-samar dan banyak ARG (permainan realiti alternatif) untuk disiasat oleh peminat.


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee