Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Terbaru Christopher Nolan “Oppenheimer” Hiasi Muka Hadapan Majalan Total Film


Total Film telah mendedahkan dua muka depan baharu untuk keluaran seterusnya, yang memberi tumpuan kepada filem terbaru Christopher Nolan Oppenheimer.

Muka hadapan itu memberi pandangan baharu yang menarik pada watak Cillian Murphy sebagai “lelaki yang menggegarkan Bumi” dalam filem yang akan menceritakan kisah J. Robert Oppenheimer, pencipta bom atom. 

Filem terbaru itu menampilkan barisan pelakon yang cukup hebat yang terdiri daripada Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Rami Malek, Kenneth Branagh, Dane DeHaan, Dylan Arnold, David Krumholtz, Alden Eherenreich, dan Matthew Modine.

Berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer tahun 2005 American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer, filem ini bakal menjadi satu lagi karya visual daripada Nolan.

Thriller epik yang dirakam dengan IMAX mendorong penonton ke dalam paradoks yang mendebarkan tentang lelaki misterius yang mesti mengambil risiko memusnahkan dunia untuk menyelamatkannya,” menurut logline


Oppenheimer akan membuat debut pawagam pada 21 Julai 2023, dan bakal berentap dengan satu lagi filem blockbuster arahan Greta Gerwig, Barbie

 


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Barbie & Oppenheimer Terus Dominasi Box Office Global

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Nolat Meminati ‘Fast & Furious’, Tidak Pernah Merendahkan Filem Dari Pengarah Lain

Kakimuvee