Tahun hadapan dijangka pawagam-pawagam tanah air akan dibanjiri beberapa filem tempatan yang boleh dikatakan agak menarik. Dari siri animasi, adaptasi novel sehinggalah filem aksi.
Kita kini boleh melihat kepelbagaian genre dalam filem tempatan yang selama ini dibayangi dengan filem komedi, gangsterisme dan cinta.
Dari info-info yang kami terima mengenai filem ini di group Facebook Movie Addict, kami terus mencari beberapa nama filem di carian google untuk membuat sedikit research. Namun hanya sedikit yang ditemui, dan lebih kepada press conference sahaja tanpa detail mengenai filem.
Hanya beberapa sahaja seperti filem KL Wangan dan J Revolusi yang memaparkan progress mengenai filem mereka. Manakala ada satu dua filem adalah filem yang telah siap tetapi ditangguhkan tayangannya pada tahun hadapan.
Dari pemerhatian kami, terdapat beberapa filem yang dijangka meletup dan mampu mengugat kejayaan filem box office tempatan seperti filem PolisĀ Evo dan Ola Bola. Berikut adalah beberapa filem yang dijangka menarik untuk ditonton pada tahun hadapan.
1 KL Wangan
Filem arahan Pekin Ibrahim ini mengisahkan dunia permotoran kereta dan mirip seperti filemĀ Fast & Furious.Ā Anda boleh melihat details filem ini disini.
2. Kanang Anak Langkau
Satu lagi filem aksi patriotik yang dihasilkan dalam era moden ini. Sebelum ini kita disajikan filem Bravo 5, tetapi mengecewakan kerana dikatakan terlampau banyak scene yang dipotong sehingga menganggu perjalanan filem ini. Kanang Anak Langkau adalah filem yang berdasarkan kisah perwira negara, Kanang Anak Langkau dalam memerangi penganas komunis.
Filem ini sepatutnya ditayangkan pada Ogos tahun ini, tetapi ditangguhkan pada bulan Januari 2017 atas sebab ingin menambahbaik mutu filem.

3. J Revolusi
Jika Polis Evo mengunapakai unit Narkotik PDRM, J Revolusi pula menggunakan Unit Tindakan Khas Polis dalam penghasilan filem mereka. Menampilkan pelakon seperti Zul Ariffin, Izara Aisyah, Fazura dan Farid Kamil, filem ini bakal menunjukan ketangkasan unit komando PDRM dalam memerangi pengganas.
Apa yang menariknya mengenai filem ini, mereka menampilkan anggotaĀ Mixed Martial Arts (MMA) untuk memastikan aksi tempur lebih kelihatan realistik dan menarik. J Revolusi dijangkan akan ditayangkan pada Mac tahun hadapan.
4. KL Special Force
Satu lagi filem arahan Syafiq Yusof selepas filemĀ Mat Motor: Kami Bukan Mat RempitĀ &Ā DesolasiĀ yang akan ditayangkan tahun ini. Kami tak tahu kenapa pihak produksi lebih suka memilih polis berbanding askar dalam penghasilkan filem mereka, ini mungkin disebabkan populariti pihak polis dalam beberapa insiden tergempar yang pernah berlaku dalam negara.
Menurut Syafiq, filem KL Special Force berbeza sedikit berbanding filem-filem Polis yang lain dan juga tidak dibayangi dengan filem Gerak Khas arahan bapanya, Yusof Haslam.
KL Special Force bukan filem berkaitan gangsterismeĀ tetapi lebih kepada konflik dua pegawai polis, seorang senior dan seorang muda, iaitu kisah cerita polis undercover. – Syafiq Yusof
5. Jibam The Movie
Desas desus filem tertangguh ini yang akan ditayangkan tahun hadapan hebat diperkatakan. Kami tidak dapat mengorek banyak details mengenai filem yang diadaptasikan dari Novel Jibam karya Ujang ini. Cuma buat masa ini yang kami tahu, ianya dalam pembikinan dan akan ditayangkan pada tahun hadapan.
6. Tambiruo
Satu lagi filem lakonan Zul Ariffin, adaptasi dari novel Tambiruo karya Ramlee Awang Murshid yang terkenal dengan novel-novel thrillernya. Tarikh tayangan? seperti biasa tidak diketahui. Asalnya bakal ditayangkan awal tahun ini, tapi ditangguhkan pada tahun hadapan.
7. Polis Evo 2
-TBC-