Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem ‘Tak Laku’, Jangan Salahkan Pihak Panggung Atau Skim Wajib Tayang Jika Ditarik Keluar Lebih Awal

Saya terbaca laporan berita mengenai penerbit sebuah filem yang kecewa apabila filem terbitanya ditarik keluar lebih oleh pengusaha panggung wayang. Jujur saya katakan sama ada mahu bersimpati ataupun sekadar mahu tersenyum kambing terhadap nasib apa yang berlaku.

Bagi saya, tidak salah untuk pengusaha panggung menarik keluar sesebuah filem tempatan lebih awal selagi mereka menepati syarat yang ditetapkan dalam Skim Wajib Tayang. Pengusaha panggung menjalankan perniagaan, sudah tentu keuntungan adalah objektif mereka dan jika sesebuah produk itu tidak memberi keuntungan kepada mereka, buat apa perlu dibiarkan lama-lama bukan?

Jadi sebaliknya, pihak produksi haruslah menyalahkan diri sendiri kerana gagal untuk menarik para penonton menonton filem mereka.

Pekara ini bukanlah baru, masih terdapat lagi pihak produksi yang mengharapkan Skim Wajib Tayang untuk filem mereka bertahan 2 minggu dipanggung wayang, tetapi mereka gagal untuk memahami perihal-perihal yang ada dalam skim tersebut terutamanya perihal dibawah;-

“Jika bilangan penonton kurang daripada 15%, pempamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan”

Perihal diatas adalah ‘ultimatum’ yang sering digunakan pihak pengusaha panggung untuk menarik keluar filem-filem tempatan dari jadual tayangan mereka sekiranya filem tersebut langsung tidak mendapat sambutan. Kebiasaanya pihak panggung akan melihat 3-4 hari pada minggu pertama tayangan, jika sekadar 2-3 orang sahaja yang menonton pada setiap sesi tayangan, maka bersiap sedialah filem tersebut untuk disingkirkan pada hari ke-5 dan seterusnya.

Dalam hal ini, sepatutnya pihak produksi menyalahkan diri mereka sendiri. Mereka gagal menghasilkan karya yang menarik minat penonton, gagal mempromosikan filem mereka sebaiknya, dan juga kurang peka dengan pemilihan tarikh tayangan. (Saya pernah menulis artikel mengenai pekara ini, anda boleh bacanya dengan klik pada pautan yang diberikan)

Oleh itu, saya sarankan pihak penerbit agar berhenti menyalahkan mana-mana pihak jika filem anda gagal bertahan lama di panggung wayang. Pihak pengusaha panggung perlu mencari keuntungan untuk membayar segala bil dan gaji, manakala Skim Wajib Tayang adalah ‘win-win situation’ diantara pembikin filem dan pengusaha panggung, jadi segala terpulang kepada anda untuk memikirkan bagaimana menarik para penonton hadir ke panggung wayang semata-mata mahu menonton filem anda.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment