Slot Tempatan

Filem Sulung Emir Ezwan ROH Boleh Didapati Di MUBI Mulai 2 Oktober 2020

Views

Perkhidmatan streaming filem MUBI telah mengumumkan bahawa filem sulung arahan Emir Ezwan iaitu ROH akan ditayangkan secara eksklusif di platform mereka bermula dari 2 Oktober 2020. 

Selepas kejayaan filem ini di pawagam Malaysia dan Singapura bulan Ogos lepas, ROH akan dipersembahkan secara eksklusif di MUBI SINEMA. Ini merupakan salah satu saluran streaming MUBI yang memilih filem terbaik dan pecah panggung dari Malaysia, Indonesia, dan serata dunia.  

Ditulis dan diarahkan oleh pemenang anugerah Emir Ezwan, ROH mendapat pelancaran antarabangsa di Festival Filem Singapura dan diterbitkan oleh Amir Muhammad daripada syarikat Kuman Pictures.  

Filem seram ini mengisahkan dua kanak-kanak yang menemui seorang gadis kecil di tengah hutan dan bagaimana mereka membawanya pulang ke rumah mereka yang terpencil. Keesokan paginya, gadis itu membuat ramalan menakutkan, bahawa apabila bulan mengambang, nasib buruk bakal menimpa keluarga itu. Setelah mendapatkan nasihat daripada bomoh bernama Tok, mereka mula memahami kuasa dan roh kejahatan yang bakal mereka hadapi sebagai sebuah keluarga.  

ROH akan ditayangkan eksklusif di MUBI bermula 2 Oktober 2020. Plan langganan MUBI ialah RM10 sebulan dengan tawaran tujuh hari percuma. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang  www.mubi.com

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks