Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Star Wars: ‘Saya tidak mahu dikenali sebagai lelaki sekuel’ – J.J Abrams

Star-Wars-Episode-7-Spoilers-Fan-Poster-by-MessyPandas-at-DeviantART

Filem Star Wars: The Force Awakens meraih kutipan rekod tayangan hari pertama yang tertinggi.

Perkara ini membuktikan bahawa filem ini mendapat sambutan yang hebat daripada peminat-peminat Star Wars di seluruh dunia.

Tetapi, Pengarah filem Star Wars, J.J. Abrams mengakui bahawa beliau pada mulanya enggan untuk mengarah sekuel ketujuh ini kerana risau ia akan menjejaskan kerjayanya.

Menurut J.J, beliau sebenarnya tidak begitu minat dalam menghasilkan filem sekuel.

Menurut laporan The Times, pengarah terkenal itu berkata dia pada mulanya berada dalam keadaan keliru ketika Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy meminta beliau untuk mengarah filem ini kerana dia tidak mahu dirinya dikenali sebagai ‘lelaki sekuel’.

Beliau menambah: “Saya kemudian melihat trilogi asal dan saya fikir jika ada apa-apa cara untuk membawa kembali cerita itu, ia akan menjadi luar biasa.”

Menurut J.J, isterinya Katie McGrath yang menggalakan beliau dengan berkata ideanya itu cukup bagus dan beliau akan menyesal jika tidak mengarah seperti yang difikirkan.
Menurut Walt Disney, jualan tiket global filem mencecah kira-kira 130 juta dolar Amerika pada tayangan pertama di 12 negara.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment