Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Spin Off Star Wars, Rogue One: A Star Wars Story Telah Memulakan Proses Produksi

Rogue-One-A-Star-Wars-Story-logo

Filem Spin Off Star Wars, Rouge One: A Star Wars Story dikatakan telahpun memulakan proses produksi dan telah mendedahkan gambar pertama filem tersebut yang menampilkan para pelakon yang bakal beraksi dalam filem tersebut. Filem yang pada mulanya dikenali sebagai Star Wars Anthology: Rogue One ini diarahkan oleh Gareth Edwards dan skrip oleh Chris Weitz.

Antara pelakon yang bakal membawa karakter dalam filem ini adalah Felicity Jones yang akan mengetuai sekumpulan tentera pemberontak yang merancang untuk mencuri plan pembinaan kapal angkasa Death Star. Manakala pelakon lain yang terlibat ialah Donnie Yen, Ben Mendelsohn, Forest Whitaker, Riz Ahmed, Diego Luna, Jiang Wen, Alan Tudyk dan Mads Mikkelsen.

Gambar-gambar pelakon filem Rogue One: A Star Wars Story. sumber: screenrant.com
Gambar-gambar pelakon filem Rogue One: A Star Wars Story. sumber: screenrant.com

Filem Spin-off ini kita bakal melihat dengan lebih mendalam bagaimana pihak Rebellion menentang Stormtroppers berbanding filem-filem Star Wars yang lebih menumpukan karakter Jedi menentang pihak Federation.

Rogue One: A Star Wars Story telah memulakan principal fotografi sebagai persediaan untuk tayangan filem ini pada penghujung tahun hadapan. Selain daripada Rouge One, filem spin off Star Wars yang bakal ditayangkan ialah Han Solo: Star Wars Anthology yang akan menemui penonton pada 25 May 2015

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment