Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Filem Spin-Off KL Gangster Underworld, “Rise To Power” Akan Ditayangkan Secara Percuma Di Iflix Pada September Ini!

Iflix, perkhidmatan hiburan terunggul di Asia Tenggara, mengesahkan filem spin-off terbaru dari KL Gangster Underworld – berjudul Rise to Power, yang akan ditayangkan secara eksklusif dan percuma hanya di iflix, pada 19 September 2019.

Dalam Rise to Power, Dynas Mokhtar mengutuhkan lagi wataknya selaku Madam Wong, yang menceritakan tentang bagaimana satu-satunya wanita yang mengetuai geng KL bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian, dan kekerasan. Dalam penceritaan masa silam tentang perjuangannya, May Wong menentang tradisi patriarki dalam keluarganya sambil merancang jalannya untuk menaiki takhta, tanpa sebarang belas kasihan.

Mark Francis, Direktor Original Programming iflix Global, berkata, “Apabila kami meneliti semula maklum balas oleh para peminat KL Gangster Underworld Musim 1, kami sedar yang mereka begitu tertarik dengan watak Madam Wong (Dynas Mokhtar) dan hubungannya bersama Ayah Zan (Hasnul Rahmat). Semasa Dynas hamil, kami sebenarnya dalam perancangan untuk Musim 2 dan kami menyedari bahawa kami boleh memulakan Musim 2, dengan sebuah cerita yang bermula 10 tahun sebelum musim pertama dengan “menghidupkan” Zan.”

“Filem ini sememangnya unik dengan adanya watak utama wanita yang kuat dan kejam, disamping memaparkan aksi dan pergelutan yang membuatkan francais KL Gangster Underworld menjadi kegemaran peminat, “ kata Francis.

Rise to Power menggabungkan nama-nama terunggul dalam industri dari Skop Productions (Munafik 2, Abang Long Fadil 2, Evolusi KL Drift 2, dan KL Gangster), bersama pengarah terkemuka Faisal Ishak dan Syafiq Yusof, yang memimpin produksi KL Gangster Underworld Musim 1.

Peminat-peminat KL Gangster Underworld pasti akan teruja dengan kembalinya watak-watak kegemaran ramai seperti Zan (Hasnul Rahmat), Tauke (Azhan Rani), Shah (Beto Kusyairy), Adi (Zahiril Adzim), dan Belut (Amerul Affendi), di samping “King” dari filem KL Gangster (2001) yang dilakonkan oleh pelakon veteran Ridzuan Hashim. Filem ini juga memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Elvis Chin, Tony Eusoff (Saloma), dan Sharifah Sakinah (Girlfriend Aku Dari Neraka The Series).

Peminat-peminat juga dapat menonton francais KL Gangster yang lengkap di iflix dengan percuma; KL Gangster, KL Gangster 2 dan KL Gangster Underworld Musim 1, sebelum tibanya Rise to Power pada 19 September 2019, yang bakal menjawab beberapa persoalan yang timbul dalam Musim 1, di samping menjangkakan lebih banyak drama dan aksi dalam Musim 2.

Selaras dengan misi iflix dalam menghiburkan para penonton, dengan striming kandungan tempatan premium, Rise to Power dikatakan bakal menutup jurang antara pelancaran KL Gangster Underworld Musim 1 dan Musim 2 (yang bakal bermula penggambaran pada bulan November) yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun 2020.

Seperti yang diumumkan pada Jun 2019, peminat-peminat di Malaysia juga bakal dapat menonton miniseries Ombak Rindu, yang mempunyai empat bahagian dan bakal dilancarkan pada Q4. Ombak Rindu merupakan drama romantik hasil adaptasi dari novel trilogi Fauziah Ansari. Sementara itu, para penonton di Indonesia pula bakal disajikan dengan dua judul hasil iflix Originals Kisah Tanah Jawa dan Conversation with Ghosts (working title) pada awal tahun 2020.

Related posts

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Leave a Comment