Penerbit filem spin off Bumblebee, Lorenzo di Bonaventura berkata filem spin off Transformers itu akan berlatarbelakangkan zaman 80an dan akan dipengaruhi dengan Transformers Generation 1.
Beliau berkata demikian selepas ditemuramah oleh wartawan laman web Collider baru-baru ini.
“The objective of that movie is to develop more time with less robots, and to go back to 1985 and to go back to the original heritage, if you would, of the Transformers, G1. So, it has a very distinct idea in it, and whatever is going to happen with the chemistry is what’s going to happen. But it really is a young female lead opposite of Bumblebee, and I think that Optimus is going to be jealous that Bumblebee has his own movie.”
Sebelum ini, penerbit berkenaan berkata, filem spin off akan datang edaran Paramount Pictures berkata, filem kali ini akan nampak berbeza dari filem-filem arahan Michael Bay. Bumblebee akan menyaksikan kurang karakter-karakter Transformers, kurang dramatik, tetapi lebih menumpukan kepada penceritaan, filem yang lebih emosional, pembangunan watak dan lebih kompleks.
Beliau juga mendedahkan filem kali ini akan menyaksikan hubungan diantara robot Autobot itu dengan pelakon wanita utama filem ini.
Bumblebee akan diarahkan oleh pengarah filem Kubo and the Two Strings serta ditulis oleh Christina Hodson. Pengambaran filem ini akan bermula pada tahun ini dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018