Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Spin-off Aquaman, The Trench Bakal Dihasilkan!

Portal hiburan The Hollywood Reporter mendedahkan bahawa filem spin-off Aquaman berjudul The Trench bakal dibangunkan oleh studio Warner Bros. tidak lama lagi.

Menurut portal itu lagi, Warner Bros. telahpun mengambil dua penulis skrip Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald untuk menulis tentang filem tersebut.


Filem The Trench dikatakan akan bergenre seram dan akan menumpukan tentang kerajaan Trench seperti yang diceritakan dalam filem Aquaman. Selain itu juga, difahamkan tiada pelakon dari filem Aquaman akan kembali membintangi filem itu.

James Wan dan penerbit Peter Safran akan menerbitkan filem tersebut dengan bajet yang lebih rendah dari filem-filem DC sebelum ini.

Berdasarkan dari filem Aquaman, Trench merupakan salah satu dari tujuh kerajaan Atlantis yang tenggelam ke dalam laut. makhluk Trench berbeza dari kerajaan Atlantis dimana mereka berevolusi menjadi raksasa yang ganas.

Dalam versi komik, Trench mula diperkenalkan dalam komik Aquaman (vol. 7) #1 pada November 2011 selepas Geoff Johns dan DC menghasilkan semula kontinuiti komik DC yang digelarkan The New 52.

Related posts

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Kakimuvee

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment