Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Filem Spider-Man Seterusnya Akan Berbeza” – Tom Holland

Minggu lalu, dunia sinematik ‘superhero’ panas dengan kontroversi yang melibatkan studio Sony Pictures dan Disney. Perbalahan diantara kedua-dua studio besar itu menyaksikan, Spider-Man tidak lagi akan membuat kemunculan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Setelah berdiam diri, akhirnya bintang filem Spider-Man: Far From Home, Tom Holland akhirnya bersuara. Ketika ditemubual wartawan semasa menghadiri Expo D23 yang lalu, Holland menegaskan, dia tetap komited untuk terus menjadi Spider-Man walaupun tidak lagi berada dalam dunia MCU.

“It’s been five amazing years. I’ve had the time of my life. Who knows what the future holds?” “But all I know is that I’m going to continue playing Spider-Man and having the time of my life,” 

“It’s going to be so fun, however we choose to do it. The future for Spider-Man will be different, but it will be equally as awesome and amazing, and we’ll find new ways to make it even cooler.”

Ketiadaan Spider-Man dalam dunia MCU pasti dirasai khususnya yang meminati filem-filem MCU. Bagaimanapun, komitmen Holland untuk terus bersama Spider-Man mungkin memberi sedikit kelegaan, memandangkan pelakon tersebut pantas menjadi kegemaran peminat selepas memberi lakonan yang menyakinkan.

Apapun, peluang untuk melihat Spider-Man terus berada didalam MCU masih belum tertutup rapat. Sony dan Disney mungkin akan kembali duduk semeja untuk membincangkan pekara-pekara yang boleh menguntungkan kesemua pihak.

Sebagai peminat, adakah anda mahu Spider-Man terus berada dalam MCU? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment