Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Spider-Man 2 Akan Memulakan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Filem kedua Spider-Man: Homecoming 2 dijangka akan memulakan penggambarannya pada bulan Jun ini. Selepas kejayaan filem pertama yang mencatat kutipan melebih $800 juta dollar seluruh dunia, kini Marvel Studio dan Sony bekerjasama sekali lagi menerbitkan sekuel superhero kegeraman ramai itu.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana perjalanan itu nanti, tetapi kemungkinan besar peristiwa filem ini akan berlaku selepas filem Avengers 4 yang akan menemui penonton pada 2019 nanti.


Menurut sumber dari Omega Underground penggambaran akan bermula pada 1 Jun 2018 dan akan berakhir pada September. Pra-produksi Spider-Man: Homecoming 2 telah pun bermula pada Ogos yang lalu.

Selain itu juga, sumber yang sama menyebut, penggambaran akan mula dilakukan di Berlin, Germany. Lokasi penggambaran Spider-Man: Homecoming 2 mungkin menjawab khabar angin sesi ujibakat watak Gwen Stacy yang dilakukan dikalangan pelakon-pelakon dari Eropah.

Filem Spider-man: Homecoming jangka akan menemui penonton pada 5 Julai 2019

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment