Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Solo Mysterio Bakal Dibangunkan Sony, Jake Gyllenhaal Kembali Sebagai ‘Villain’

Banyak faktor yang mendorong kepada kejayaan filem Spider-Man: Far From Home meraih lebih $1 billion dolar seluruh dunia. Selain ianya bersambung dari filem Avengers: Endgame, populariti barisan pelakon utamanya turut memberi dorongan kepada prestasi baik di pentas box office.

Seperti yang peminat tahu, Jake Gyllenhaal telah memainkan peranan ‘villain’ dalam filem kedua Spider-Man: Far From Home, dan kemunculan aktor tersebut dalam MCU diibaratkan seperti satu mimpi yang indah. Bagaimanapun, penamat filem Far From Home sedikit membingungkan peminat, adakah dia benar-benar mati atau sekadar satu lagi illusi.

Bagi studio Sony, jika populariti seseorang pelakon / karakter itu mampu memberi keuntungan buat mereka, buat apa perlu dibiarkan sahaja bukan?. Berdasarkan desas-desus terbaru dari laman We Go This Covered, Sony dilaporkan sedang membangunkan filem solo khas untuk watak Mysterio dan Gyllenhaal dikhabarkan turut kembali memainkan peranannya itu.

Bagaimanapun filem tersebut mungkin tidak akan melibatkan karakter Spider-Man lakonan Tom Holland. Setakat ini, maklumat lanjut mengenai filem tersebut masih lagi tidak diketahui, cuma apa yang boleh ditekankan, projek terbaru Sony ini masih di fasa “pembangunan”.

Dengan karakter Marvel yang luas, Sony kini dilihat semakin bersungguh-sungguh untuk mengembangkan lagi dunia Spider-Verse milik mereka. Projek Venom 2 dan Morbius kini sedang berjalan manakala beberapa filem seperti SilkNightwatchBlack CatSilver Sable, Kraven dan yang terbaru Madame Web berada dalam beberapa fasa pembangunan. Mungkin idea untuk hasilkan filem solo Mysterio sedikit sukar kerana ia merupakan karakter villain, tetapi tidak mustahil Sony akan dapat melakukannya.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment