Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem “soft reboot’ Terminator Akan Memulakan Pengambaran Mac Tahun Hadapan

Filem keenam Terminator yang juga ‘soft reboot’ dan sekuel kepada Terminator 2: Judgement Day akan memulakan penggambaran mereka pada penghujung Mac 2018 dan akan dijalankan disekitar bandar Budapest, Hungary dan juga di negara Sepanyol. Filem terbaru ini akan diarahkan oleh bekas pengarah Deadpool, Tim Miller serta diterbitkan oleh bekas pengarah dua filem awal Terminator, James Cameron.

Buat masa ini, dua pelakon asal, Linda Hamilton dan Arnold Schwarzenegger disahkan akan kembali dalam filem terbaru ini manakala beberapa pelakon lain dijangka akan ditambah tidak lama lagi bagi mengisi watak-watak yang bakal diwujudkna. Selain itu juga, ‘production designer’ filem Prometheus,  Sonja Klaus turut terlibat dalam pembikinan filem terbaru Terminator ini nanti.

Filem yang masih belum mempunyai tajuk ini akan menyambung dari filem kedua berjudul Judgement Day dan akan mengabaikan sambungan filem terakhir yang berjudul Terminator: Genisys. Tiga filem selepas Judgement Day dianggap gagal oleh peminat serta dianggap lari dari konsep asal serta mengarut, dan kemuncak kegagalan franchise Terminator bermula selepas tayangan filem Genisys yang mana filem tersebut telah dikritik teruk oleh peminat serta pengkritik filem.  

Demi menyelamatkan franchise filem ini, James Cameron bersama-sama Arnold Schwarzenegger serta Tim Miller berkerjasama menghasilkan semula filem Terminator.

Filem terbaru ini dijangka akan mula ditayangkan pada 26 Julai 2019. Kami akan bawakan berita terkini mengenai filem Terminator dari semasa ke semasa.

Related posts

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash & Batman Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

Leave a Comment