Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Skyscraper Gagal Saingi Kedudukan Teratas Carta Box Office US

Baru seminggu ditayangkan, filem terbaru lakonan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Skyscraper berjaya meraih $65.9 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Bagaimanapun, filem aksi itu kini gagal menyaingi kedudukan teratas carta Box Office US apabila hanya mampu menduduki tangga ketiga dengan kutipan sebanyak $25.5 juta dolar, dibelakang filem Hotel Transylvania 3: Summer Vacation yang berjaya meraih $44.1 juta dolar pada minggu pertama tayangan dan filem Ant-Man and The Wasp yang berjaya mengutip $28.8 juta dolar pada minggu ketiga tayangan.

Untuk pasaran antarabangsa, Skyscraper hanya mampu meraih $40.4 juta dolar dari 57 buah negara. Kutipan Skyscraper dijangka akan meningkat apabila ia ditayangkan pada 20 Julai ini di China.

Filem aksi terbaru ini menyaksikan Dwayne Johnson kembali berkerjsama dengan pengarah filem Central Intelligence, Rawson Marshall Thurber. Selain Johnson, turut membintangi filem Skyscraper adalah Chin Han, Neve Campbell dan Pablo Schreiber.

Advertising

Johnson membawakan watak Will Ford, bekas anggota penyelamat tebusan FBI dan juga bekas veteran tentera. Beliau kini menjadi pemeriksa keselamatan untuk bangunan pencakar langit. Semasa menjalankan tugas memeriksa bangunan tertinggi di China, satu kejadian kebakaran telah berlaku dan Ford telah dituduh penyebab kejadian tersebut. Bagi membersihkan namanya, Ford mula menjejaki individu yang bertanggungjawab dan dalam masa yang sama cuba menyelamatkan keluarganya yang terperangkap dalam bangunan yang sedang terbakar itu.

Skyscraper kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, anda boleh membaca review filem ini dari kami dengan klik link disini.

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

Leave a Comment