Slot Asia

Filem Sesat Mampu Menandingi Pengabdi Setan

Views

Selepas mencipta fenomena dan kejayaan filem seram Pengabdi Setan, penonton di Indonesia bakal disajikan dengan sebuah lagi filem seram berjudul Sesat.

Filem terbitan RAPI Films dijangka mampu menandingi kehebatan filem Pengabdi Setan arahan Joko Anwar.

Malah pengarah tersohor itu turut memberi sokongan penuh terhadap rakan iaitu Sammaria Simanjuntak yang merupakan sutradara untuk terbaru ini.

"Bangga sangat dengan Sammaria Simanjuntak yang baru sahaja selesai mengarah filem seram pertamanya. Filem Sesat bakal cetus fenomena. Tahniah, dik," tulisnya di laman sosial yang dipetik dari Wowkeren.

Sesat berkisarkan tentang Amara yang baru sahaja kehilangan bapanya. Dia yang mahu berbicara dengan bapanya telah nekad melakukan ritual memanggil Beremanyan. Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila Beremanyan telah menyakiti semua yang dekat dengan Amara.

Filem seram ini bakal menemui penonton di Indonesia pada 23 Ogos. Sekiranya filem ini mendapat kutipan pecah panggung, ia pasti akan ditayangkan di Malaysia pula nanti.

Sumber: Cinema Online

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares