
Pengarah Paco Plaza, yang mengarahkan siri filem seram Sepanyol [REC] bersama Jaume Balagueró, sekali lagi bekerjasama dengan Netflix dalam filem prekuel bertajuk Hermana Muerte (aka Sister Death).
Filem tersebut merupakan prekuel kepada filem seram Veronica, yang ditayangkan pada 2017.
Selepas perang Sepanyol, Narcisa (Aria Bedmar), seorang ‘novice’ muda dengan kuasa ghaib, tiba di bekas biara, kini sekolah untuk perempuan, untuk menjadi seorang guru. Semakin hari, peristiwa aneh dan situasi yang semakin membimbangkan yang menyiksanya akhirnya akan membawanya untuk membongkar rahsia mengerikan yang meliputi biara itu dan menghantui penduduknya.
Bintang Veronica Conseulo Trujillo kembali memainkan watak utama sebagai Sister Death, dan dia akan disertai Almudena Amor, Luisa Merelas, Chelo Vivares, dan Maru Valdivielso.
Netflix mengesahkan bahawa filem itu akan ditayangkan pada Oktober ini, tetapi masih belum mengumkan tarikh tayangan tepat.