Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Seram “Malignant” Arahan James Wan Skor Rating-R

Filem seram Malignant arahan James Wan telah menerima rating-R dari Motion Picture Association atas sebab “keganasan seram yang kuat, gambar mengerikan, dan penggunaan bahasa kesat”, lapor Bloody Disgusting.

Malignant sepatutnya ditayangkan pada 14 Ogos 2020 sebelum ditunda Warner Bros. dan New Line Cinema ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Seperti filem-filem Warner Bros. yang lain, Malignant turut ditayangkan di pawagam dan HBO Max secara serentak. 

Ditulis oleh Wan dan isterinya, Ingrid Bisu, filem seram terbaru ini dibintangi pelakon seperti Annabelle Wallis, Jake Abel, George Young, Maddie Hasson, Michole Briana White dan Jacqueline McKenzie.  

Kali terakhir James Wan mengarahkan filem seram adalah filem The Conjuring 2 yang ditayangkan pada tahun 2016. Setakat ini, plot filem Malignant masih belum didedahkan kepada umum.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment