Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Seram Indonesia, Seruan Setan Bakal Menemui Penonton Tempatan


Penonton tempatan sekali bakal disajikan sebuah lagi karya dari negara seberang yang berjudul Seruan Setan. Filem bergenre seram itu akan ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 31 Mei ini.

Diarahkan oleh Findo Purwono HW, filem ini dibintangi oleh Salshabilla  Adriani, Steffi Zamora, Gabriella Quinlyn serta Devin Putra dan diedarkan oleh syarikat pengedaran filem tempatan, RAM Entertainment.

Seruan Setan mengisahkan tentang Angel dan Clarissa yang telah berpindah ke tempat baru bersama ibu mereka, Ratih, selepas kedua ibu bapa mereka bercerai. Mahu anak-anaknya menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan rakan baru, Ratih membenarkan mereka pergi bercuti dengan rakan mereka. Kedua-dua beradik ini telah terjumpa papan Ouija di sebuah rumah kosong ketika bercuti dan bermain dengannya. Pada mulanya tiada apa yang berlaku tetapi apabila waktu malam, sesuatu yang menyeramkan mula menggangu mereka.

Bagi pengemar-pengemar filem seram terutamanya filem seram Indonesia seperti Pengabdi Setan dan Mata Batin, jangan lupa saksikan filem Seruan Setan yang akan ditayangkan pada 31 Mei 2018 dipawagam tempatan


Related posts

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Teman Tidur’

Kakimuvee

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Tasbih Kosong’

Kakimuvee

Kajiman: Iblis Terkejam Penagih Janji Sinopsis & Trailer

Kakimuvee

Filem Seram Indonesia ‘Para Betina Pengikut Iblis’ Akan Memasuki Netflix Pada 16 Jun Ini

Kakimuvee

Kisah Hamka Diabadikan Dalam Filem Biopik Indonesia ‘Buya Hamka’

Kakimuvee

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan