Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Seram Arahan Eizlan Yusof, TOWN MALL Bakal Menemui Penonton Mac Ini

Selepas dua tahun menyepi tanpa sebarang perkembangan, akhirnya filem seram Town Mall arahan Datuk Seri Eizlan Yusof bakal menemui penonton Mac ini.

Diadaptasikan dari novel seram karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima, Town Mall akan berkisarkan tentang kejadian mistik yang berlaku disebuah bangunan yang sudah lama ditinggalkan.

Sementara itu, Eizlan mendedahkan dia sangat teruja membintangi filem seram, selain turut melakukan babak-babak aksi sendiri.

“Ia mencabar kerana saya bukan hanya berperanan sebagai pelakon tetapi juga pengarah. Saya turut berpeluang melakukan sendiri aksi lasak. Saya cedera di bahagian dadah sehingga tidak dapat bernafas.

“Paling penting ia berkisar daripada kisah benar dan filem ini wajib ditonton terutamanya penggemar novel seram,” ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, penerbit filem Zainuddin Mohd Ismail berkata filem ini lambat menemui penonton kerana pihaknya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerana menggunakan banyak teknik imej janaan komputer (CGI) dan kesan bunyi khas.

Selain Eizlan, filem seram ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Intan Ladyana, Reen Rahim dan Nynaa Harizal.

Filem terbitan Enuja Productions Sdn Bhd yang menelan belanja sekitar RM1.3 juta ini akan menemui penonton pada 26 Mac ini.

Sumber: Cinema Online

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment