Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Seram Ahmad Idham, Town Mall Bakal Ditayangkan Penghujung Tahun Ini


Pengarah Ahmad Idham bakal muncul dalam filem terbarunya berjudul Town Mall tidak lama lagi. Filem yang diadaptasikan dari novel seram itu diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf bersama Ahmad Idham yang juga bertindak sebagai pengarah filem tersebut.

“Kalau kita lihat sekarang, ia sudah menjadi trend novel cinta diadaptasi menjadi filem dan sebab itu saya mahu cuba angkat genre seram pula memandangkan hasrat itu sudah lama saya pendam selepas menghasilkan filem “Congkak”, “Niyang Rapik” dan “Senjakala”.

“Setelah diberi beberapa pilihan novel oleh Karangkraf, saya secara tidak langsung tertarik dengan “Town Mall” kerana selain ia mengisahkan tentang cerita yang benar-benar berlaku, jalan penceritaannya juga bersesuaian dengan trend semasa,” ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Munurut pengarah filem Hantu Wangan itu, Town Mall berkisarkan tentang mistik bangunan terbengkalai.

Penggambaran filem tersebut sudah pun selesai dan kini sedang dalam proses suntingan. Ia dijangka bakal menemui penonton di seluruh negara seawal akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.


Town Mall dibintangi oleh Datuk Seri Eizlan Yusof dan Intan Ladyana.

Sementara itu, selepas Town Mall Ahmad Idham dan Grup Buku Karangkraf akan terus berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagi filem adaptasi dari novel seram iaitu Jangan Biar Dia Masuk yang bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Sumber: Cinema Online


Related posts

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

8 Seram Jepun Yang Pernah Cetuskan Fenomena Suatu Ketika Dahulu

Zulaikha