Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Seram Adaptasi Dari “Momo’s Challenge” Akan Dihasilkan


Deadline hari ini melaporkan, studio penerbitan filem Orion Pictures bakal menerbitkan sebuah filem seram yang diadaptasikan dari patung aneh Momo ciptaan artis Jepun bernama Keisuke Aisawa.

Orion Pictures akan bekerjasama dengan penerbit Taka Ichise dan Roy Lee dalam projek terbaru ini nanti. Ichise dan Lee sebelum ini pernah terlibat dalam pembikinan filem seram The Grudge and The Ring. Lee Juga merupakan penerbit untuk filem It dan filem akan datang, It: Chapter Two.

Patung aneh itu menjadi terkenal selepas ‘Momo’s Challenge’ menjadi tular di media-media sosial pada tahun lalu. Momo’s Challenge adalah permainan yang akan mengalakkan kanak-kanak untuk merbahayakan atau mencederakan diri sendiri. Sedangkan arca tersebut adalah sebahagian daripada pameran galeri di Tokyo pada 2016 dan diberi nama Mother Bird.

Kim Kardashian pernah berkongsi gambar Momo di laman Instagram miliknya dan memberi amaran kepada ibubapa bahawa terdapat mesej tersembunyi dari Momo dilaman Youtube. Walaupun pihak Youtube menafikannya dan cabaran itu dianggap sebagai ‘Internet hoax’, Momo pantas menjadi ‘urban legend’ dikalangan orang ramai selepas terdapat laporan kes keganasan yang melibatkan ibu dan anak di Scotland dan Argentina

Momo merupakan satu lagi ‘Internet hoax’ yang diangkat ke layar perak selepas filem Slender Man yang diterbitkan Screen Gems pada 2018. Filem seram tersebut berjaya meraih $52 juta dolar seluruh dunia.


Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai barisan pelakon dan pengarah filem ini.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee