Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem SEPET Boleh Ditonton Secara Percuma Di YouTube Minggu Ini.


Filem Sepet arahan Allahyarham Yasmin Ahmad kini boleh ditonton secara percuma di YouTube selama seminggu mulai 30 Mei yang lali.

Menurut pemilik channel ‘Great Little Stories’ yang memuat naik filem itu, pihaknya berterima kasih kepada penerbit filem Mazlan Abdul Latiff ‘Odeng’ atas kepercayaan yang diberi.

“Terima kasih kepada Abang Odeng kerana memberi kepercayaan untuk tayangkan filem “Sepet” dalam menghargai seseorang yang banyak mendidik saya, sehingga saya namakan anak saya Yasmin.”

Peminat turut berpeluang untuk menyatakan sebarang pertanyaan di ruangan komen untuk ditujukan kepada barisan bintang filem itu.

“Soalan yang relevan akan diberikan kepada kumpulan pelakon dan produksi filem.


“Setakat ini, ia termasuk bintang utama Sharifah Amani, Ng Choo Seong, Linus Chung, Tan Meiling, Zehan, David Lok, produser Abang Odeng, Kak Ros, Elyna Shukri dan kakak kepada pengarah serta nama di sebalik watak utama, Datin Orked Ahmad.”

Kemudian, jawapan mereka akan dikumpulkan menjadi sebuah video yang akan menyelami proses dan pandangan di sebalik tabir filem ikonik itu.

Pihak ‘Great Little Stories’ dalam pada itu turut berharap agar orang ramai dapat sedekahkan doa kepada Allahyarham Yasmin serta kesejahteraan seluruh dunia.

Sepet dilancarkan pada tahun 2005 berkisar tentang kisah cinta antara Orked, seorang gadis berbangsa Melayu dan Jason, seorang lelaki berbangsa Cina di Ipoh.

Ia berjaya merangkul anugerah antarabangsa pada tahun 2005 termasuk Festival Filem Antarabangsa Tokyo Ke-18 bagi kategori Filem Asia Terbaik dan Festival Filem Wanita Antarabangsa Créteil di Perancis untuk kategori Filem Terbaik.

Sumber: Astro Awani


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee