Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

Filem Sci-Fi Tempatan “Antaramasa” Akan Tiba Di Astro First 1 Julai Ini

Filem sains fiksyen Antaramasa terbitan Lux Ambiance Media Production bakal menemui penonton pada 1 Julai ini di Astro First. 

Diarahkan oleh Ramdan Che Hassan, Antaramasa mengisahkan Asri, seorang sarjana dalam bidang sains fizik telah membina sebuah mesin tenaga abadi, iaitu mesin yang tidak akan habis menjana tenaga tanpa menggunakan bahan mentah.

Keadaan jadi menarik apabila mesin ciptaanya itu juga mampu membawa Asri kembali ke masa lalu. Kemudian, dia menggunakan mesinnya itu beberapa kali untuk kembali ke masa lalu bagi memulihkan hubungannya dengan kekasihnya iaitu Malisa. 

Setiap kali Asri kembali ke masa lalu, setiap langkah dilakukan untuk mengubah nasibnya, Asri mengubah sejarah hidup bukan saja untuk dirinya tetapi untuk seluruh garis masa alam yang sentiasa menghalang cintanya.

Tanpa disedari, Asri telah mencipta sebuah paradoks masa dan dunianya sudah berubah. Persoalannya, adakah Asri mengubah garis masanya sendiri ataupun adakah semuanya takdir?

Filem terbaru ini dibarisan pelakon seperti Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Riezman Khuzaimi, Indi Nadarajah dan Tania Hudson.

Antaramasa akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 1 Julai 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Leave a Comment