
Netflix telah mendedahkan poster terbaru filem sci-fi akan datang, Space Sweepers, yang memaparkan empat watak utama, bersedia untuk hadapi penggembaraan merbahaya yang bakal mereka lalui.
Diarahkan oleh Jo Sung-hee (A Werewolf Boy), filem sains fiksyen ini ditetapkan pada tahun 2092, dan mengikuti kisah kru kapal pemungut sampah angkasa lepas yang dikenali sebagai The Victory. Apabila mereka menemui robot humanoid bernama Dorothy yang terkenal sebagai senjata pemusnah besar-besaran, mereka terlibat dalam perjanjian perniagaan yang berisiko.
Space Sweepers dibintangi pelakon seperti Song Joong-Ki, Kim Tae-Ri, Jin Seon-Kyu, Yoo Hae-Jin dan aktor British Richard Armitage, yang membintangi filem Korea pertamanya.
Filem ini sepatutnya ditayangkan pada musim panas tahun lalu, tetapi ditunda beberapa kali disebabkan pandemik Covid-19.
Filem yang menelan kos RM89 juta ini telahpun memulakan penggambarannya pada Julai hingga November tahun lalu, dan akan menemui penonton 5 Februari ini, eksklusif di Netflix. Anda boleh saksikan trailer disini.