Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Sci-Fi Korea “Space Sweepers” Akan Ke Netflix

Selepas ditunda beberapa kali akibat pandemik COVID-19, filem science-fiction blockbuster Space Sweepers akan ditayangkan terus di Netflix tanpa sebarang tayangan dipawagam. 

We are happy to announce that Netflix will open ‘Space Sweepers’ simultaneously in 190 countries. As Korea-made dramas and movies have become the most beloved content in the world, we expect that ‘Space Sweepers’ will also create a global buzz.”

Bagaimanapun, Netflix masih belum mengumumkan tarikh tayangan Space Sweepers.

Diarahkan oleh Jo Sung-hee, filem ini menceritakan tentang sekumpulan “space scavengers” yang mencari barangan terpakai untuk mendapatkan wang pada tahun 2092. Filem ditetapkan dalam dunia fiksyen yang mana Bumi hampir musnah disebabkan pencemaran, dan golongan atasan membina habitat baru diangkasa. 

Barisan pelakon terdiri daripada Song Joong-Ki, Kim Tae-Ri, Jin Seon-Kyu, Yoo Hae-Jin dan aktor British Richard Armitage, yang membintangi filem Korea pertamanya. 

Filem yang menelan kos RM89 juta ini telahpun memulakan penggambarannya pada Julai hingga November tahun lalu. Anda boleh saksikan trailer disini.

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha