Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Filem Rock 4 Hampir Siap, Kini Dalam Proses Suntingan Akhir


Bagi peminat yang menantikan filem Rock 4, anda hanya bersabar sedikit sahaja lagi. Filem keempat francais Rock itu kini berada diperingkat suntingan akhir dan dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi.

Pakara tersebut didedahkan oleh anak pengarah filem itu Mamat Khalid iaitu Mohd Khalid Amen. Sementara itu, Amen juga memaklumkan bahawa ayahnya sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat masalah sesak nafas yang berpunca daripada lebihan air dalam badan.

“Sebelum saya berangkat ke Bangkok untuk menyiapkan suntingan akhir filem “Rock 4”, keadaan ayah baik-baik sahaja. Cuma, dia nampak penat kerana sudah beberapa malam sukar melelapkan mata.

“Buat masa ini, dia ditidurkan sekejap, manakala proses membuang lebihan air dalam badan juga berjalan lancar. Doktor ada memberitahu masalah seperti itu memang biasa berlaku terutama bagi mereka yang mengidap sakit jantung,” 

Ini bukanlah kali pertama pengarah tersohor itu dimasukkan ke hospital kerana awal tahun lalu Mamat mengalami koma lebih dua minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital akibat masalah sama.


Bagaimanapun sebaik sahaja keluar daripada hospital, pengarah berusia 56 tahun itu kembali ke set penggambaran telefilem 7 Puasa dan Rock 4.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

Pandangan Pertama Nam Ron Sebagai “Adik Maleficent” Untuk Telefilem ’18 Puasa’

Kakimuvee

Kampong Pisang Bersiri-Siri

Kakimuvee

Filem Ketiga MAMMA MIA! Bakal Dihasilkan

Is Mohd