Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Resident Evil Akan Dihasilkan Semula

Filem zombie terkenal Resident Evil akan dihasilkan semula! berita berkenaan disahkan sendiri oleh Martin Moskowicz, dari syarikat penerbit Constantin Film. Ketua kepada produksi tersebut memberitahu laman web Variety semasa menghadiri Festival Film Cannes.

Bagaimanapun, details mengenai filem berkenaan seperti pengarah, pelakon dan bagaimana filem berkenaan akan dihasilkan semula tidak didedahkan kepada media.

Filem-filem Resident Evil

Filem terakhir franchise Resident Evil: The Final Chapter yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson dan dibintangi oleh isterinya Milla Jovovich telah mengaut $26.8 juta di pasaran US dan $285.4 dipasaran antarabangsa dengan pasaran China memberi pulangan besar kepada filem berkenaan dengan mengaut kutipan sebanyak $160 juta.

Filem yang diadaptasikan dari permainan video keluaran Capcom, Resident Evil telah mengaut sebanyak $1.2 billion seluruh dunia menjadikan filem bersiri paling untung jika dibandingkan dengan filem-filem yang diadaptasikan dari permainan video.

Jadi kepada peminat filem Resident Evil, apa pandangan anda tentang filem baru yang akan dihasilkan nanti.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment