Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Remake The Fugitive Bakal Dihasilkan

Menurut laporan dari laman Deadline , bekas pengarah The Book of Eli Albert Hughes telah diberikan tanggungjawab oleh Warner Bros. untuk mengarahkan filem The Fugitive, remake dari filem aksi yang diterbitkan pada 1993 dan juga berdasarkan dari siri televisyen berjudul sama yang disiarkan sekitar 1963.

Hughes akan bekerjasama dengan Brian Tucker (Broken City) yang akan menulis lakon layar, manakala Erik Feig akan bertindak selaku penerbit.

Filem aksi klasik yang diterbitkan pada awal 90an itu diarahkan oleh Andrew Davis dan dibintangi pelakon Harrison Ford sebagai Dr. Richard Kimble dan Tommy Lee Jones sebagai U.S Marshal Samuel Gerard.

Dalam filem tersebut, Dr. Kimble telah dituduh secara tidak adil membunuh isterinya, dan dia perlu mencari pembunuh yang sebenar demi membersihkan namanya. Namun dalam masa yang sama di diburu seluruh negara oleh U.S Marshal yang diketuai pegawai berpengalaman, Samuel Gerard.

The Fugitive telah menerima tujuh pencalonan Anugerah Academy dan Jones turut berjaya menerima anugerah Oscar berdasarkan lakonnya dalam filem tersebut.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment